
Bagaimana kita dapat memecahkan kod kreativiti?
Apakah langkah dan latihan ketara yang boleh kita ambil untuk menjadi lebih berinovasi?
Pengenalan
Menjadi kreatif bermaksud seseorang sanggup memperluaskan persepsinya untuk mencari
peluang yang tidak dilihat oleh kebanyakan orang. Kreativiti dan inovasi adalah kunci kepada
pertumbuhan dan kejayaan dalam setiap organisasi. Prinsip asas untuk memecahkan kod
kreatif adalah percaya bahawa ‘Semua Orang adalah Kreatif’, dan pemikiran kreatif ini
merupakan kemahiran yang dapat dipelajari. Rangka pemikiran bahawa kita semua kreatif
adalah satu-satunya cara untuk menonjolkan kuasa kreativiti dalam semua aspek kehidupan
kita. Namun, kebanyakan orang dewasa yang bekerja tidak menganggap diri mereka sebagai
orang yang kreatif.
Objektif Program
Tujuan program ini ialah:
● Membimbing pengurus dan pakar dengan pelbagai teknik pemikiran berinovasi
mudah yang boleh digunakan untuk menghasilkan idea dan menyelesaikan masalah di
tempat kerja.
● Menganalisis masalah dan peluang dalam kehidupan realiti.
● Membentuk peserta dalam mengutarakan idea dan kaedah penyelesaian berpotensi
untuk dilaksanakan di tempat kerja.
Hasil Pembelajaran Am
Selepas melengkapkan program ini, para peserta akan dapat:
● Memahami mengapa sesetengah orang dapat berinovasi secara semula jadi dan
bagaimana setiap orang dapat mengembangkan kemahiran kreatif dalam diri mereka
● Mempelbagaikan kaedah pemikiran secara kreatif dan inovatif, dan mengetahui cara
dan teknik untuk menghasilkan idea dan menyelesaikan masalah
● Menerapkan kaedah dan cara untuk menghasilkan idea bagi penambaikan dalam
bidang kerja peserta