Pengurusan cukai yang berkesan adalah kunci kepada kelancaran operasi perniagaan dan kepatuhan undang-undang. Program ini bertujuan memberikan panduan menyeluruh tentang pengurusan cukai di Malaysia, dari sejarah dan prinsip asas hingga kepada proses praktikal pendaftaran dan pengemukaan cukai.
Objektif:
- Memberikan pengetahuan asas dan sejarah percukaian di Malaysia serta prinsip-prinsip am percukaian untuk meningkatkan pemahaman tentang sistem cukai negara.
- Menerangkan prosedur pendaftaran nombor fail cukai, pengemukaan borang nyata cukai pendapatan (BNCP), dan kepentingan penyimpanan rekod yang betul.
- Meningkatkan kesedaran tentang kesan perundangan dari kelewatan pengemukaan borang dan pentingnya pematuhan tarikh-tarikh penting dalam proses percukaian.
Manfaat:
- Membantu syarikat dan individu untuk mematuhi peraturan cukai Malaysia.
- Memastikan proses pengurusan cukai yang lebih sistematik dan efisien.
- Memudahkan perancangan kewangan dan pengurusan aliran tunai dengan pemahaman yang lebih baik tentang jenis-jenis sumber pendapatan yang dikenakan cukai.