Dalam usaha untuk memastikan organisasi mematuhi undang-undang cukai dengan berkesan dan beretika, adalah penting untuk memahami dan mengaplikasikan tadbir urus yang baik dalam menguruskan risiko dan mempromosikan integriti. Program ini adalah kesinambungan dari Pengenalan Rangka Kerja Tadbir Urus Cukai Korporat dan direka untuk memberikan panduan yang lebih mendalam mengenai penetapan kawalan, pengurusan risiko, dan tatakelakuan pegawai. Peserta akan dibekalkan dengan pengetahuan dan alat untuk meningkatkan tadbir urus dalam organisasi masing-masing.
Objektif:
- Membantu peserta memahami bagaimana menetapkan kawalan dan menentukan keberangkalian had risiko dalam konteks cukai korporat.
- Memberikan panduan praktikal tentang cara mengurus insiden risiko dan melaksanakan strategi mitigasi yang berkesan.
- Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya tatakelakuan pegawai dan menyediakan mekanisme untuk whistleblowing bagi memastikan integriti organisasi.
Manfaat:
- Membantu organisasi mengenalpasti, menilai, dan mengurus risiko dengan lebih efektif, sekaligus mengurangkan kemungkinan berlakunya insiden yang merugikan.
- Memastikan kepatuhan dan integriti dalam semua operasi organisasi.
- Memberikan panduan untuk menetapkan kawalan dalaman yang kukuh, yang dapat membantu dalam menguruskan risiko dan memastikan tadbir urus yang baik.