
Kesihatan mental merupakan aspek penting dalam kehidupan yang mempengaruhi kesejahteraan dan produktiviti seseorang. Dalam topik ini, faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan mental serta strategi untuk mengatasi stigma yang berkaitan dengan gangguan mental akan dikupas dengan lebih lanjut.
Objektif:
- Memahami faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan mental.
- Memahami makna stigma, jenis-jenis stigma, dan cara-cara mengatasi stigma yang berkaitan dengan gangguan mental.
- Meningkatkan kemahiran dalam melakukan penelitian kendiri berkaitan dengan kesihatan mental melalui penggunaan alat-alat seperti skala psikologi dan analisis artikel jurnal.
Manfaat:
- Memiliki pemahaman yang lebih mendalam tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan mental, yang dapat membantu menguruskan kesihatan diri sendiri dan orang lain.
- Membuka ruang untuk perbincangan terbuka dan sokongan yang lebih besar kepada individu yang mengalami masalah kesihatan mental.
- Memperkukuhkan pemahaman dan menyumbang kepada pengetahuan yang lebih luas dalam isu kesihatan mental.