Pengenalan Kepada Kesejahteraan Mental di Tempat Kerja: Memahami dan Mengurus Gangguan Kebimbangan

Current Status
Not Enrolled
Price
Free
Get Started

Program ini bertujuan untuk memberikan pemahaman yang mendalam tentang gangguan kebimbangan di tempat kerja, termasuk definisi, gejala, dan etiologi. Melalui penerangan dan contoh kes, program ini akan membantu pekerja dan majikan mengenal pasti tanda-tanda gangguan kebimbangan serta menyediakan strategi untuk mengurus dan menyokong kesejahteraan mental di tempat kerja.

Objektif:

  1. Memberikan pengetahuan asas tentang gangguan kebimbangan, termasuk definisi dan pemahaman asas, untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pekerja dan majikan.
  2. Mengenal pasti tanda-tanda gangguan kebimbangan di tempat kerja dan menyediakan strategi untuk mengurusnya.
  3. Memberikan panduan praktikal tentang cara menyokong pekerja yang mengalami gangguan kebimbangan melalui contoh kes dan pendekatan yang efektif.

Manfaat:

  1. Meningkatkan kesedaran tentang gangguan kebimbangan di kalangan majikan dan pekerja.
  2. Mengurangkan insiden gangguan kebimbangan melalui pencegahan awal dan strategi pengurusan yang efektif.
  3. Menyediakan sokongan dan sumber yang diperlukan kepada pekerja yang mengalami gangguan kebimbangan seterusnya meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan pekerja dengan mengurus gangguan kebimbangan dengan berkesan.