Gangguan ketagihan, seperti ketagihan alkohol, tembakau, dan bahan terlarang lain, boleh memberi kesan yang signifikan terhadap produktiviti, keselamatan, dan kesejahteraan pekerja.
Objektif:
- Memberikan maklumat dan pengetahuan kepada majikan dan pekerja mengenai gangguan ketagihan dan kesannya terhadap individu dan tempat kerja.
- Mengenalpasti tanda-tanda ketagihan dalam diri sendiri dan rakan sekerja.
- Menerangkan kesan negatif ketagihan terhadap produktiviti, keselamatan, dan kesejahteraan di tempat kerja.
- Menyediakan strategi dan sumber untuk menangani ketagihan secara efektif, termasuk intervensi awal dan sokongan pemulihan.
Manfaat:
- Menggalakkan budaya kerja yang menyokong kesihatan mental dan fizikal dengan menangani isu ketagihan secara proaktif.
- Meningkatkan keselamatan di tempat kerja dengan mengurangkan risiko yang berkaitan dengan ketagihan.
- Menyediakan sokongan kepada pekerja yang menghadapi ketagihan untuk mendapatkan bantuan dan memulihkan diri mereka.