Pendekatan Komprehensif Terhadap Gangguan Kecemasan

Current Status
Not Enrolled
Price
Free
Get Started

Program ini dirancang untuk memberikan pandangan menyeluruh tentang pelbagai jenis gangguan kecemasan, termasuk Gangguan Kecemasan Umum (GAD) dan gangguan panik. Ianya bertujuan untuk memberikan pemahaman yang mendalam mengenai gangguan kecemasan, dan menerapkan strategi berkesan untuk pengurusan dan rawatan gangguan kecemasan di tempat kerja.

Objektif:

  1. Membantu organisasi dalam menerapkan strategi pengurusan yang komprehensif untuk menyokong pekerja yang mengalami gangguan kecemasan, termasuk intervensi awal, kaunseling, dan rawatan.
  2. Membimbing majikan dalam mencipta persekitaran kerja yang kondusif dan menyokong, yang dapat mengurangkan tekanan dan kecemasan serta meningkatkan kesejahteraan pekerja.

Manfaat:

  1. Menyediakan maklumat terperinci mengenai gangguan kecemasan dan mengurangkan stigma terhadap pekerja yang mengalami gangguan kecemasan
  2. Menyediakan bahan yang diperlukan untuk majikan dan pekerja dalam menangani gangguan kecemasan dengan cara yang berkesan, termasuk latihan, panduan praktikal, dan akses kepada perkhidmatan profesional.