Program “Keberkesanan Rangka Kerja Tadbir Urus Cukai Korporat direka untuk memberikan pemahaman yang komprehensif mengenai tadbir urus risiko cukai korporat. Melalui program ini, peserta akan mempelajari rangka kerja tadbir urus risiko cukai korporat, kawalan tadbir urus, fasa-fasa pelaksanaan, serta perancangan penggantian sumber dan pengurusan risiko sektor awam. Fokus utama adalah untuk menyediakan strategi yang efektif dan praktikal dalam mengendalikan risiko cukai korporat dan memastikan kepatuhan terhadap peraturan yang ditetapkan.
Objektif Program:
- Memberikan pengetahuan mendalam mengenai asas dan elemen-elemen penting dalam rangka kerja tadbir urus risiko cukai korporat serta cara pelaksanaannya.
- Membantu peserta dalam mengenalpasti, menganalisis, dan mengawal risiko cukai dengan menggunakan struktur kawalan dalaman yang efektif.
- Mendedahkan kepentingan dan teknik perancangan penggantian sumber untuk memastikan kesinambungan dalam pengurusan risiko sektor awam dan korporat.
Manfaat:
- Peserta akan mempelajari cara memastikan organisasi mereka mematuhi peraturan cukai dan tadbir urus dengan lebih baik, mengurangkan risiko penalti dan imej buruk.
- Dengan pemahaman yang lebih baik mengenai kawalan tadbir urus dan pengurusan risiko, peserta akan dapat mengenalpasti dan mengurangkan risiko dengan lebih efektif, meningkatkan kecekapan operasi.
- Melalui perancangan penggantian sumber dan struktur kawalan dalaman yang kuat, peserta akan memastikan kesinambungan dan kelancaran operasi walaupun menghadapi perubahan dalam organisasi.