Audit Merentasi Sempadan: Base Erosion Profit Shifting (BEPS)

Current Status
Not Enrolled
Price
Free
Get Started

Base Erosion Profit Shifting (BEPS) merujuk kepada amalan perpindahan keuntungan oleh syarikat multinasional dari negara dengan cukai tinggi ke negara dengan cukai rendah atau tiada cukai, dengan tujuan untuk mengurangkan liabiliti cukai mereka secara sah. Ini telah menjadi isu yang semakin mendapat perhatian dari pihak berkuasa cukai di seluruh dunia, termasuk dalam proses audit percukaian.

Objektif:

  1. Memberikan pemahaman yang mendalam tentang apa itu BEPS, bagaimana ia berlaku, dan mengapa menjadi fokus utama dalam audit percukaian.
  2. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan audi percukaian dalam mengenal pasti, menilai, dan menangani isu-isu berkaitan BEPS semasa menjalankan audit.
  3. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kepatuhan terhadap undang-undang cukai serta implikasi pelanggaran dalam konteks BEPS.

Manfaat:

  1. Meningkatkan kepatuhan syarikat terhadap undang-undang cukai, mengurangkan risiko pelanggaran, dan menghindari sanksi undang-undang yang berkaitan.
  2. Meningkatkan efisiensi dan keberkesanan proses audit percukaian.
  3. Syarikat akan dapat melindungi reputasi mereka, mengurangkan risiko reputasi negatif, dan menyokong kestabilan ekonomi global.