Clean Navbar with Submenu

Aspirasi Kerjaya (Team Building )

Pengenalan

Kebanyakkan pekerja di Malaysia sama ada di sektor awam mahupun swasta masing-masing kurang menghayati makna di sebalik kerja yang dilaksanakan. Tidak dinafikan setiap pekerja lebih mengharapkan kenaikan gaji, bonus, atau kenaikan pangkat, namun persoalannya adakah kita bekerja selama ini semata-mata mengharapkan kenaikan pangkat dan gaji? Bagaimana pula dengan pembangunan diri? Jika seseorang bekerja semata-mata untuk ‘menerima’, pastinya dialah di kalangan pekerja yang sukar untuk ‘memberi’ dan produktivitinya turut menurun. Ada pepatah yang mengatakan, Jika kita memberi lebih dari ganjaran yang kita terima, kita akan terima ganjaran lebih dari apa yang kita beri… Oleh itu, Modul Aspirasi Kerjaya ( Team Building ) dibangunkan agar warga kerja memperolehi penghayatan makna di sebalik sebuah kerjaya dan menghargainya sebagai jalan untuk meningkatkan kredibiliti diri.

Objektif Program

Setelah menjalani kursus ini, para peserta akan dapat:
● Dapat mengeratkan silaturahim antara sesama pekerja,
● Menanam semangat sayang dan setia kepada syarikat serta bersama memajukan
syarikat.
● Menyedari kepentingan sifat integriti dan makna dalam pekerjaan,
● Berkomunikasi dengan lebih harmoni di tempat kerja.

Hasil Pembelajaran