
Pengenalan
Kepemimpinan dan pengaruh sosial adalah saling berkaitan kerana pemimpin adalah produk
daripada sesuatu kumpulan, organisasi atau masyarakat dan perwatakan seseorang pemimpin
memungkinkan mereka mempengaruhi kepercayaan dan tindakan anggota kumpulan.
Pemimpin akan dapat mempengaruhi anggota kumpulan melalui karisma dan pujukan tetapi
anggota kumpulan akan dapat mempengaruhi pemimpin mereka dengan meningkatkan atau
mengurangkan sokongan mereka terhadap pemimpin. Oleh itu, pengaruh sosial melalui skil-
skil berkomunikasi yang efektif adalah sangat penting untuk menjadi seorang pemimpin yang
hebat yang dapat mengerakkan kumpulan mereka mencapai sesuatu objektif yang dihajati.
Objektif Program
Matlamat program ini ialah:
● Mempelajari tip-tip menjadi pemimpin yang cemerlang dimana mereka akan dapat
mengerakkan dan memimpin pekerja dan organisasi mereka mencapai visi dan misi
yang telah ditetapkan.
● Mempelajari teknik-teknik komunikasi efektif dan berkesan yang akan menyebabkan
mereka mempunyai pengaruh sosial yang kuat yang dapat mempengaruhi pekerja di
bawah pengurusannya untuk melaksanakan apa yang dimahukan oleh sesebuah
jabatan atau organisasi.
Hasil Pembelajaran
Setelah mengikuti program ini, para peserta akan dapat:
▪ Mengetahui kepentingan komunikasi sesama manusia
▪ Mengetahui kesalahan-kesalahan yang perlu dielakkan oleh pemimpin dalam
berkomunikasi
▪ Belajar bagaimana untuk mempengaruhi orang di sekeliling mereka
▪ Belajar bagaimana untuk berkomunikasi secara lebih aktif
▪ Mengetahui tentang tahap-tahap dalam kepimpinan
▪ Membuat komunikasi yang Power