Clean Navbar with Submenu

Pengurusan Cukai Efektif Bersama LHDN: Cekap Urus Kerja, Cekap Urus Cukai

Current Status
Not Enrolled
Price
Free
Get Started

Program “Pengurusan Cukai Efektif Bersama LHDN: Cekap Urus Kerja, Cekap Urus Cukai” bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam menguruskan urusan cukai dengan cekap. Program ini akan memberikan panduan kepada majikan dan pekerja mengenai aspek-aspek penting dalam pengurusan cukai, termasuk pendapatan yang dikenakan cukai, konsep CP58, serta implikasi sekatan perjalanan.

Objektif:

  1. Memberikan pemahaman yang mendalam tentang definisi majikan dan pekerja serta pendapatan yang dikenakan cukai.
  2. Menjelaskan apa itu CP58 dan bagaimana ia mempengaruhi pengurusan cukai bagi majikan dan pekerja.
  3. Meningkatkan kesedaran mengenai sekatan perjalanan yang dikenakan akibat ketidakpatuhan cukai dan bagaimana mengelakkan situasi tersebut.

Manfaat:

  1. Mmahami dan mematuhi peraturan cukai yang ditetapkan oleh LHDN, mengurangkan risiko penalti dan sekatan.
  2. Meningkatkan kecekapan dalam pengurusan urusan cukai, memudahkan proses penyediaan dan pelaporan cukai bagi majikan dan pekerja.
  3. Memberikan pengetahuan praktikal untuk mengelakkan sekatan perjalanan akibat ketidakpatuhan cukai, melindungi kebebasan pergerakan dan operasi perniagaan.